Monday, 27 October 2014
Maksud Agama
Agama
Pelbagai Simbol untuk agama
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
- Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. - Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. - Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci. - Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
Persamaan agama di Malaysia
Perlembagaan Malaysia menjamin
kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai
penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci
Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama
Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain
mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain.
Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan
Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan
maklumat.
Semua orang Melayu dikira
beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Menurut
statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti
ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping
sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau
Pinang.[115] Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%),
diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000
beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama
masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat
Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.
Persamaan agama di malaysia
TOLERANSI DALAM AGAMA
Salah satu asas yang jadi dasar kepada wujudnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sifat toleransi iaitu toleransi dalam beragama . Dari segi sejarah toleransi antara pelbagai kaum telah tersemai sejak zaman Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan . Hal ini dibuktikan dengan persetujuan bersama antara kaum Melayu dan bukan Melayu , iaitu Cina dan India mengenai agama islam sebagai agama persekutuan .

Adakah timbulnya perbezaan agama di Malaysia ?
Walaupun wujudnya persamaan di setiap agama , ini tidak bermakna semua agama tiada langsung perbezaan . Meskinpun sebesar zahrah perbezaannya, ia tetap membuktikan bahawa kepercayaan atau pegangan yang di anuti mereka adalah berbeza-beza.
1. Manifesti Ketuhanan yang berbeza dalam setiap agama

Antara isi perbezaan setiap agama
yang dapat kita nyatakan disini adalah :-
1. Manifesti Ketuhanan yang berbeza dalam setiap agama
Contohnya , Ibadah atau Ibadat (bahasa Arab:
عبادة) dari sudut makna
(bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan
memperhambakan diri kepada sesuatu. Islam hanya mengaku hanya
Allah (swt) Tuhan yang sebenar dan tidak boleh dikaitkan atau disekutukan
dengan manusia atau benda.

Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat,
tunduk,patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T.
Manakala , dalam agama Hindu , Tuhan digambarkan dengan
pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa . Samada penyembahan
nenek moyang mahupun penyembahan Tuhan Ibu serta dewa-dewa
dan dewi-dewi yang dipercayai wujud.

cara penganut buddha menyembah nenek moyang
2. Cara pengebumian yang berbeza .
Kaum India .
Apabila
seseorang india meninggal dunia, mayat tersebut akan dibersihkan dengan
air yang bukan dari pair air. Mayat akan dipakaikan pakaian baru
selepas dimandi. Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai langkah
menghormati tetamu.
Upacara
menanggalkan thaali akan dijalankan oleh isteri yang kematian suaminya
dengan menanggalkan thaali yang dipakai semasa perkahwinan. Upacara
Vaaikkarisi pula ialah upacara memasukkan makanan ke mulut mayat sebagai
tanda pemberian yang terahkir. Mayat kemudian akan diusang ke tempat
perkuburan dan diletakkan di atas kayu api.
Pembawa Kollic catti akan mengelilingi mayat sebanyak kali mengikut arah jam.
Kaum India .
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAsjEwQc5bLN4siBo-ETQ7Kv5nNQXN0d12nP_mFZJr6e2mS4q2G0uSCWBOAoxzl9_WeBPONDf4thUgRP9sJ7sc81DdSrw9M5QEB24sBTURdEzjtqhyphenhyphenblgmj5uHgOGNkSL24uyKfa-fVN8/s200/2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvNBmRsrk7rlbJP7jkofJXrg28BcG5sNYBap8cx6HDZljBFLigiluptKCX7jD4_gBrBUQKORB0iJBbqDA6c_hHVrc737lLdkmYGlwv0bJvjgupV0CTE4rGXQIryJOd7IfDJQKTculoZlo/s200/270322-16419-27.jpg)
Pembawa Kollic catti akan mengelilingi mayat sebanyak kali mengikut arah jam.
Kaum Agama Islam
Upacara
pengebumian dalam islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan dalam islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan
mengikut adat dan tafsiran setempat. Terdiri daripada empat proses
iaitu:
1) Memandikan Jenazah
~ Fakta utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai kain
diletakkan ke atas badannya kemudian disiram.Alat sulit jenazah harus
ditutup sepanjang proses mandian dijalankan.
2) Mengkafan Jenazah
~ Fakta utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut
mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang lain.
~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak wangi yang tidak
mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus.
3) SOLAT JENAZAH
~ Berbeza dengan solat yang lain iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk
dan sujud.
~ Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan dengan kepala jenazah.
Kepalanya di sebelah kiri imam.
~ Jenazah perempuan: kedudukan imam bersetentangan dengan pinggang
jenazah.Kepalanya di sebelah kanan imam.
4) Pengebumian Jenazah
~ Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap digali.
~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara cermat.Jenazah dimiringkan dan
muka perlu menghadap kiblat.
Kaum Cina
1. Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta
disapu dengan minyak wangi serta solekan.
1. Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta
disapu dengan minyak wangi serta solekan.
2. Kemudian mayat akan dipakaikan kain kafan dan
dimasukkan kedalam
keranda.
keranda.
3.Selepas dikebumikan, upacara penyembahan kubur dan
pembakaran
barang persembahan buatan kertas akan dijalankan sebagai pembakaran
wang kertas dan pakain kertas.
barang persembahan buatan kertas akan dijalankan sebagai pembakaran
wang kertas dan pakain kertas.
Antara duit-duit kertas yang dibakar
Rumusan
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,keturunan, etnik iaitu orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain.

Namun, Malaysia berjaya dalam
menyatupadukan rakyat berbilang kaum malah mencapai kejayaan besar dalam
membangunkan negara kerana kemajmukan
itu dijadikan sebagai sumber kekuatan
negara. Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kemajmukan itu
menjadi batu asas kepada kemakmuran Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)