Kaum Agama Islam
Upacara
pengebumian dalam islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan dalam islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan
mengikut adat dan tafsiran setempat. Terdiri daripada empat proses
iaitu:
1) Memandikan Jenazah
~ Fakta utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai kain
diletakkan ke atas badannya kemudian disiram.Alat sulit jenazah harus
ditutup sepanjang proses mandian dijalankan.
2) Mengkafan Jenazah
~ Fakta utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut
mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang lain.
~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak wangi yang tidak
mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus.
3) SOLAT JENAZAH
~ Berbeza dengan solat yang lain iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk
dan sujud.
~ Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan dengan kepala jenazah.
Kepalanya di sebelah kiri imam.
~ Jenazah perempuan: kedudukan imam bersetentangan dengan pinggang
jenazah.Kepalanya di sebelah kanan imam.
4) Pengebumian Jenazah
~ Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap digali.
~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara cermat.Jenazah dimiringkan dan
muka perlu menghadap kiblat.
No comments:
Post a Comment