Perlembagaan Malaysia menjamin
kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai
penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci
Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama
Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain
mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain.
Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan
Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan
maklumat.
Semua orang Melayu dikira
beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Menurut
statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti
ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping
sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau
Pinang.[115] Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%),
diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000
beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama
masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat
Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.
No comments:
Post a Comment